Thursday, 19 February 2015

4 Langkah Untuk Berkahwin Mengikut Adat Melayu

1. MERISIK

Emak dan ayah si lelaki akan pergi konon macam mahu minum petang di rumah emak dan ayah si perempuan. Sambil-sambil makan karipap, sambil-sambil borak pasal anak sendiri. Kalau orang dulu diorang bawak tepak sirih, tapi sekarang rasanya dah tak lagi. Selepas hampir setengah jam borak kosong, barulah si ayah lelaki akan bagitau tujuan kedatangan. Selalunya cincin belah rotan akan dibawa sebagai tanda.

2. BERTUNANG

Yang ini amat penting dalam adat orang kita. Segerombolan ahli keluarga akan hadir beserta dengan seorang jurucakap. Ada hantaran yang akan dibawa. Selalunya hantaran adalah seperti buah, kain dan paling penting, CINCIN. Cincin pertunangan ini bolehlah dikatakan simbolik kepada kekukuhan cinta pasangan ini.


Rena dah jatuh cinta dengan Cincin Permata HEMERA nie


3. PERNIKAHAN

Tiada hari yang lebih gembira untuk pasangan bercinta melainkan hari pernikahan. Masa ini memang berdebar-debar. Jantung pun berdegup laju. Hantaran untuk pihak pengantin lelaki dan perempuan pun biasannya lebih ‘up’ sikit dari biasa. Antara beg tangan berjenama, kasut, gajet dan macam-macam lagi.

4. PERSANDINGAN

Sebenarnya dah habis pernikahan, memang dah boleh tarik nafas lega. Persandingan ini cuma melengkapkan syarat untuk bertemu ahli keluarga, sahabat handai dan tetamu-tetamu. Masa inilah pengantin dilayan seperti raja sehari.



Tuesday, 10 February 2015

Checklist Diri Sebelum Nikah

Assalamualaikum and hi :)

ada banyak perkara yang kita kena buat checklist sebelum nikah. yang pertama, 'dah sedia ke kita' ni untuk menjadi suami atau isteri seseorang. sigh! part ni sebenarnya kalau nak kira dah sedia ke tak.. sampai bila2 pun tak akan sempurna. tapi berdoalah. berdoa agar jodoh kita dipercepatkan dan jika kita masih lagi kurang yakin dengan diri ini.. maka dekatkan diri pada Allah S.W.T. kalau checklist kita tu penuh demand : nak beriman, jadi imam, hafaz quran, bangun tahajud tengah malam, etc.. check balik diri sendiri.. kita sendiri macam tu tak? kalau sekadar cakap nak, tapi diri sendiri tak usaha untuk menjadi seseorang yang sesuai untuk didampingkan.. susah juga nak dimakbulkan doa tu kan? :')

checklist kedua, restu ibu bapa. terus terang perkara ni adalah perkara yang terpenting kalau nak nikah. sebab tanpa restu mereka, kita ibarat macam menderhaka. but that's for me la. kalau kedua ibu bapa kita kurang berkenan calon kita.. jangan cepat putus asa. kalau kita dan si dia betul2 mahu mendirikan masjid, kejar restu ibu bapa. daripada tak suka, boleh jadi menantu kesayangan.. who knows kan ? :) antara benda yang kita boleh buat, give them time. kadang2 ibu bapa terkejut kita cakap nak kawin. ada parent tindakan refleks mereka marah2, padahal sebenarnya mereka tak bersedia lagi nak lepaskan anak kesayangan mereka. jadi, slow2. tak perlu rushing, tak perlu paksa mereka terima terus. give them time.

checklist ketiga, kira kos kawin dan kos selepas kawin. ini penting ye. lepas kawin lagi penting. rumah, bil elektrik, air, internet, bahan masak, etc. kena kira perkara2 ni cepat2 jadi masa sebelum kahwin pulun kerja habis habisan supaya masa dah kawin nanti tak terkejut kenapa banyak sangat guna duit. lagi bagus kalau before kahwin dah plan perbelanjaan bulanan macam mana. guys kadang2 tak tahu perbelanjaan isi rumah macam mana. so samada the girls boleh bagi roughly idea berapa nak spend utk bahan mentah (masak) atau bulan pertama tu jadikan eksperimen. by second and 3rd month tu dah boleh estimate :)

keempat, isteri bukan beban. tapi teammate untuk berjaya. seboleh bolehnya, sebagai isteri jangan jadikan alasan dah ada suami boleh spend sesuka hati ataupun minta suami belanja suka2. but it doesn't mean that si suami buat2 tak faham taknak belanja isteri ye. hehe. btw, what i am trying to say is that, apa yang boleh jimat. berjimat. contoh kalau isteri masak di rumah, dalam seminggu mungkin suami boleh tetapkan 2 kali makan di luar. kiranya off day untuk isteri masak. ataupun, bila suami ada banyak kerja di office, bersihkan rumah, cantikkan diri sendiri. supaya bila husband balik rumah dia akan rasa tenang :)

may Allah ease our journey! percaya pada Allah, kun fayakun, semua boleh jadi :)

take care lovelies :)