Assalamualaikum
and hi :)
ada banyak
perkara yang kita kena buat checklist sebelum nikah. yang pertama,
'dah sedia ke kita' ni untuk menjadi suami atau isteri seseorang.
sigh! part ni sebenarnya kalau nak kira dah sedia ke tak.. sampai
bila2 pun tak akan sempurna. tapi berdoalah. berdoa agar jodoh kita
dipercepatkan dan jika kita masih lagi kurang yakin dengan diri ini..
maka dekatkan diri pada Allah S.W.T. kalau checklist kita tu penuh
demand : nak beriman, jadi imam, hafaz quran, bangun tahajud tengah
malam, etc.. check balik diri sendiri.. kita sendiri macam tu tak?
kalau sekadar cakap nak, tapi diri sendiri tak usaha untuk menjadi
seseorang yang sesuai untuk didampingkan.. susah juga nak dimakbulkan
doa tu kan? :')
checklist
kedua, restu ibu bapa. terus terang perkara ni adalah perkara yang
terpenting kalau nak nikah. sebab tanpa restu mereka, kita ibarat
macam menderhaka. but that's for me la. kalau kedua ibu bapa kita
kurang berkenan calon kita.. jangan cepat putus asa. kalau kita dan
si dia betul2 mahu mendirikan masjid, kejar restu ibu bapa. daripada
tak suka, boleh jadi menantu kesayangan.. who knows kan ? :) antara
benda yang kita boleh buat, give them time. kadang2 ibu bapa terkejut
kita cakap nak kawin. ada parent tindakan refleks mereka marah2,
padahal sebenarnya mereka tak bersedia lagi nak lepaskan anak
kesayangan mereka. jadi, slow2. tak perlu rushing, tak perlu paksa
mereka terima terus. give them time.
checklist
ketiga, kira kos kawin dan kos selepas kawin. ini penting ye. lepas
kawin lagi penting. rumah, bil elektrik, air, internet, bahan masak,
etc. kena kira perkara2 ni cepat2 jadi masa sebelum kahwin pulun
kerja habis habisan supaya masa dah kawin nanti tak terkejut kenapa
banyak sangat guna duit. lagi bagus kalau before kahwin dah plan
perbelanjaan bulanan macam mana. guys kadang2 tak tahu perbelanjaan
isi rumah macam mana. so samada the girls boleh bagi roughly idea
berapa nak spend utk bahan mentah (masak) atau bulan pertama tu
jadikan eksperimen. by second and 3rd month tu dah boleh estimate :)
keempat,
isteri bukan beban. tapi teammate untuk berjaya. seboleh bolehnya,
sebagai isteri jangan jadikan alasan dah ada suami boleh spend sesuka
hati ataupun minta suami belanja suka2. but it doesn't mean that si
suami buat2 tak faham taknak belanja isteri ye. hehe. btw, what i am
trying to say is that, apa yang boleh jimat. berjimat. contoh kalau
isteri masak di rumah, dalam seminggu mungkin suami boleh tetapkan 2
kali makan di luar. kiranya off day untuk isteri masak. ataupun, bila
suami ada banyak kerja di office, bersihkan rumah, cantikkan diri
sendiri. supaya bila husband balik rumah dia akan rasa tenang :)
may Allah ease
our journey! percaya pada Allah, kun fayakun, semua boleh jadi
:)
No comments:
Post a Comment