Thursday, 19 February 2015

4 Langkah Untuk Berkahwin Mengikut Adat Melayu

1. MERISIK

Emak dan ayah si lelaki akan pergi konon macam mahu minum petang di rumah emak dan ayah si perempuan. Sambil-sambil makan karipap, sambil-sambil borak pasal anak sendiri. Kalau orang dulu diorang bawak tepak sirih, tapi sekarang rasanya dah tak lagi. Selepas hampir setengah jam borak kosong, barulah si ayah lelaki akan bagitau tujuan kedatangan. Selalunya cincin belah rotan akan dibawa sebagai tanda.

2. BERTUNANG

Yang ini amat penting dalam adat orang kita. Segerombolan ahli keluarga akan hadir beserta dengan seorang jurucakap. Ada hantaran yang akan dibawa. Selalunya hantaran adalah seperti buah, kain dan paling penting, CINCIN. Cincin pertunangan ini bolehlah dikatakan simbolik kepada kekukuhan cinta pasangan ini.


Rena dah jatuh cinta dengan Cincin Permata HEMERA nie


3. PERNIKAHAN

Tiada hari yang lebih gembira untuk pasangan bercinta melainkan hari pernikahan. Masa ini memang berdebar-debar. Jantung pun berdegup laju. Hantaran untuk pihak pengantin lelaki dan perempuan pun biasannya lebih ‘up’ sikit dari biasa. Antara beg tangan berjenama, kasut, gajet dan macam-macam lagi.

4. PERSANDINGAN

Sebenarnya dah habis pernikahan, memang dah boleh tarik nafas lega. Persandingan ini cuma melengkapkan syarat untuk bertemu ahli keluarga, sahabat handai dan tetamu-tetamu. Masa inilah pengantin dilayan seperti raja sehari.



No comments:

Post a Comment